Apr 28, 2012

chaiyokk!!



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, smlm sempat aku pergi ke HOM dekat Melawati. Sangat menakjubkan tengok testimoni org lain. Dekat sini pon meriah macam HOM yg aku selalu pergi dekat Kajang tu. Tapi kenapa aku dtg jauh2 nak tgk HOM Melawati ni. Sebabnya aku nak jumpa member baik aku and nak tunjuk kat dia pasal Herbalife. Alang2 tu baik kite serbu kat situ and kat situ lebih luas pengetahuan kitekan.

Aku mcm biasa la gerak dengan mentor aku kak Mazlinda, eija and adek terchentaa. Panas ati je bile nak gerak pegi sana dengan jalan jemnya..ppffttt…….
Ni sumer pasal kes Bersih la. Tak pasal2 terkandas sekejap. Cian member aku tuh tgu lama nau..

After habis HOM kiteorg terangkan dengan dia secara detail, dan alhamdulillah member aku ambil 1 set dan aku nak ko ikot jadual pemakanan yg kiteorg bagi tu tau. Aku nak kite sama2 sihat..heee….Takpe kiteorg ade kat belakang and bagi semangat kat ko. Janji ko konsisten dan serius dalam program ni. Insyaallah tak mustahil ko boleh ubah segala KG dan CM yg aku catit semalam..


Apr 22, 2012

AMAZINGGGGG!!!!

Assalamualaikum..

Lama erk aku tak mengupdate blog ni. Sesangat la busy aku sekarang nih. Mana nak sempatnya, dengan busy kat opis, balik kejer penat tak hengat. Busy dengan bisnes En Botak lagi. Busy tu busy ni.. Nasib baik En Botak bermurah hati membekalkan aku dengan Herbalife. Semuanya jadi simple.Tak payah nak makan bagai, shake saje..

Dan aku terpikir bila kami dah kahwin nanti, mayb keja aku jadi senang bangat. Yelah breakfast je aku sediakan dia shake, lunch aku bekalkan dia shake, malam ko makan shake lagi..boleh??  bagi dia boleh jer. aku yang tak boleh sebabnya paling kurang pun kena makan berat sekali sehari. Tapi sejak ambil Herbalife ni, hidup kitaorg memang berubah. En botak yg dulunya ada darah tinggi, alhamdulillah semakin ok. Tak payah nak ambil ubat lagi. Lebih bertenaga dan kurang hisap rokok daripada dulu. Yang bestnya suke tengok kulit dia sebab nampak licin dan perut dia dah kurang buncit berbanding dulu.

Macam aku pulak, badan aku jadi semakin ringan dan aku perasan, seminggu sebelum aku ambil Herbalife ni aku dapat tender katering selama 3 minggu (sabtu&ahad )kat Uitm. Minggu pertama aku terpaksa naik turun tangga yg setinggi 2 tingkat tu banyak kali hokeyy.. Sebabnya lift kat fakulti tu jauh and bukan dalam bangunan yg sama, so bila ko naik lift ko akan sesat sebab lalu lorong ini la lorong itu la.. penatnya tak payah ckp la..semput hokey mau tercabut kaki aku ni.. Bila minggu kedua pulak lepas ambil Herbalife ni macam tak caya yg aku tak semput mcm dulu dan tak rasa penat sangat.. amazing hokeyss..sekarang ni tengah disiplinkan diri nak turunkan berat badan lagi..hehe.. chaiyok syera!!

Lepas ni aku akan meneruskan misi bagi mak pak aku minum Herbalife secara teratur..Almaklumlah orang2 tua ni nak bermanja dengan anak2 ye tak.. tapi tu la..time breakfast tak sempat nak sediakan tuk depa sebab subuh2 lagi dah keluar mencari rezeki yg halal.. =_=''


**** Nak tengok family aku sihat dan bebas penyakit..syg mak pak aku..mmuaahh.. ^_*

Mar 8, 2012

bebola tauhu ayam

assalamualaikum..

Alhamdulillah tenet kat umah ni sudah pulih setelah menukar modem. so lepas ni boleh la aku update selalu (sangatkaaannnn...). arini aku just nak update pasal masakan. umur dah semakin menambah ni kena la rajin memasak bedah ooiii.... kawen mau, masak malas. boleh?? 

nak cakap rajin tu, aku rasa kompem mak pak aku senyum lebor sampai ke telinga tengok anak depa rajin. tapi sampai la ni aku rasa belum lagi kot dapat tengok. just sipi2 nak ke telinga je la wat masa ni aku tengok. bukan malas hookeeyy, tapi kalau aku masak kompem membazirkan. dah tentu depa bawak balik makanan dari kantin. so tak payah rajin sangat la kalau time bekerja. time bercuti je la ko masak..

so semalam saja belek2 blog masakan kat opis. ni satu lagi masalah budak opis aku. asal nampak blog masakan yg best je terus bagi link kat aku suruh tengok. duk belek2 nampak plak bebola tauhu ayam. nampak senang. tapi memang senang pon.macam begedil gak. sangat suka sebab boleh ratah macam tu jer.


 abaikan yg hangus tu yer.. ^v*


Bahan-bahan
  • 1/2 cawan isi ayam, kisar halus - (tapi aku guna 5 keping chicken fillet)
  • 2 keping tauhu keras
  • 1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
  • 4 camca besar serbuk roti - (tak letak pon)
  • 1/2 inci halia, parut dan perah jusnya - (ni pon tak letak jugak)
  • 3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus
  • 1 biji cili merah, buang biji, cincang halus

Cara-cara

  1. Rebus/celur chicken fillet dan kisarkan.
  2. Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa.
  3. Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
  4. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Ok..siap!!!
senangkan.. ^_*

kredit to hana's family 


**** syera watanabe berpesan kalau nak belajar memasak mulakan dari yg senang..heheheh.. ^_^

Feb 16, 2012

hello 2012



assalamualaikum..

wink!! wink!! lama bebenor aku tak update blog yer. busy yg amat sangat.sampaikan lupa password email blog ni hokeyyss. ni ingat balik pon sebab lama dah aku perah otak ni suruh ingatkan balik.

tak sangka heh tahun ni aku da umur 25 tahun. dah boleh kawen..yeay!! nak ikotkan tahun 2011 dulu bnyak sgt kenangan manis and pahit yg dapat aku rasa. kalau korang tgk citer drama mana pon, awal2 drama je kite leh tau betapa sedih dan tragisnya citer tu. tapi last2 drama nnt kompem heh mesti happy ending punyo.tak cayo ekau pegi tgk hokey. so lebih kurang macam tu la tahun 2011 bagi aku..

berikut adalah beberapa azam aku tahun ni..aahaaaaaa...

 - nak kompol duit bnyak2..beli baju. sebabnya asyik pakai baju yg sama jer. alasan kenapa tak mau     beli, baju sgt besar..kite mau baju saiz S je..so maknanye ko kena la diet cik syera oiii..tak lama je lagii!!

 - kt nak termasuk dlm golongan chantek2.. so kt kena pegi spa seminggu sekali..dgr macam kayo jekan. hukhuk!! tapi yg bebenornye kt nak anto MR DIDI kt ni haa.. comey tak nama manja keta kt ni. alhmdulillah azam nak pakai kete sendiri akhirnya termakbul juga. so kena kompol duit lagi la ni.nak jaga LAKI aku ni..

 - nak try buat barang DIY bnyak2.. naper??? haaa...tungguuuu..

 - dan yang paling penting, tgh berusaha untuk menjadi wanita solehah..insyaallah..

tu je kot azam aku tahun ni. nak list banyak2 kang tak terbuat pulakkan. so tahun ni insyaallah amat bermakna bagi aku. dan dengan harapan tahun ini akan terus bersinar hinggalah ke tahun2 hadapannya.