May 19, 2011

awak~

awak selalu SMS saya..
SMS awak semuanya comel2..
setiap hari awak akan call saya..
saya tak tahu mana awak ambil nombor telefon saya..

satu hari awak ajak jumpa..
saya berdebar-debar..ye lah first time kita jumpa..
saya rasa saya pernah tengok awak..
awak kata pergilah cari kat magazine sekolah..

balik tu saya gigih belek cari gamba awak..
bila saya tengok gamba awak..saya gelak sorang2..
dulu awak gemok pendek..
sekarang awak da kurus tinggi..

bila kita keluar jalan2..
mesti awak jalan jauh2 dari saya..
saya tak faham kenapa awak macam tu..
awak malu ke keluar dengan saya..

awak mintak couple dengan saya..
saya tak terima sebab saya ingat awak main2..
last2 saya termimpikan awak..saya mntak couple pagi subuh tu..
lepas tu awak tak reply2 selama seminggu..

sumpah!!! saya malu sangat2..
saya berdoa mintak2 awak tak dapat mesej tu..
kalau awak dapat mesej tu..
saya rasa nak terjun bangunan jer..

tiba2 satu hari tu awak ajak jumpa..
rupa2nya awak nak bagi saya fikir betul2 betul ke keputusan yang saya buat tu..
saya ego masa tu..
akhirnya kita couple juga..

saya sedih sangat bila saya kena sambung study..
saya tak pernah berjauhan dengan awak..
awak pujuk saya sebab ni masa depan saya..
awak janji dengan saya yang awak akan tetap dekat dihati saya walaupon kita berjauhan..

setiap masa awak mesej saya..
setiap malam awak temankan saya study..
saya rasa awak ada jer kat sebelah saya temankan saya..
bagi saya, awak dan family saya adalah orang paling penting dalam hidup saya..

ada masa saya akan balik jumpa awak..
bila awak ada masa, awak datang sana jumpa saya..
saya tak malu kenalkan awak sebagai kekasih saya..
kawan2 puji pasal hubungan kita sebab kita macam belangkas..

bila saya habis study, awak yang sibuk2 carikan kerja untuk saya
sanggup hantar saya pergi interview walau jauh mana pun..
awak sanggup buat apa sahaja untuk naikkan taraf hidup awak..
awak kata ini untuk masa depan kita..saya suka..

tapi bila awak da berjaya..tiba2 awak berubah..
kadang2 saya pelik tengok awak..tapi saya tetap bersabar dan tak fikir yang bukan2..
awak kata mungkin kita tiada jodoh..
saya terduduk..mata saya bengkak sebab setiap masa saya nangis..

saya tak tahu nak buat apa..
awak bukan seperti yang saya kenal dahulu..
mak cakap, lepaskan la dia kalau kita sayangkan orang tu..
biar dia bahagia dengan kehidupannya..

berhari2 saya fikir dan terus menunggu..
tapi awak tetap begitu..
akhirnya saya lepaskan awak sebagaimana saya mulakan dahulu..
masa tu saya rasa seolah2 dunia saya gelap..

malam tu awak call saya..awak menangis..
kita sama2 nangis..
saya cakap dengan awak, saya buat macam tu sebab saya sayangkan awak..
awak terima keputusan saya sebab awak tak nak tengok saya terseksa lagi..

sampai sekarang saya tetap ingat pada awak..
walau awak dah semakin jauh dari hidup saya tetapi saya bahagia tengok awak bahagia dengan orang lain..
saya tetap berdoa yang terbaik untuk awak..
sebab saya bukan seorang yang EGO..







**** copy dari blog orang lain..

No comments: