Aug 9, 2011

nasib kita serupa~

assalamualaikum..

alhamdulillah..berjaya menghabiskan puasa yg ke 9 hari. minta2 la cukup sebulan puasa tahun nih.insyaallah.. 

tajuk kat atas tu sebenarnya aku tujukan kat elia and khairul fahmi@ apek tu..kompem korang kenalkan. lagi2 depa tengah hot skang ni pasai putus tunang. aku takder la minat sangat or tau sangat pasai depa nih. tapi biler depa da putus tunang, ikot jugaklah perkembangan..biasa la tu adat berkapel dgn org femes nih..kalah artis ok.. TAPI!! kene ingat jugak benda ni sumer adalah takdir. hanya Allah saja yg tau aper yg terbaik untuk kita..

nak diikotkan, kes elia ni macam kes aku dulu. lebih kurang samalah.. wujudnya org ketiga (mungkin ya..). tak silap aku kes elia ni berlanjutan tak sampai 2 bulan kot. tapi kes aku dulu sampai 4 5 bulan tak silap aku.. time tu pulak mak aku jatuh sakit and terlantar kat spital nak dekat 2 bln. bayangkan mcm mana aku nak kawal emosi sumer biler 2 dugaan dtg secara serentak. tambah2 lagi org ketiga terus menerus mengacau & mendesak aku tglkan tunang aku.

last2 selepas aku fikir masak2, aku wat keputusan untuk lepaskan dia. memang time tu fikiran dah berkeceramuk. duk pikir syg lagi, pikirkan family aku lagi. aku kuatkan semangat sebab tak nak tgk mak pak aku sedih lagi bila depa tgk org lain mainkan perasaan anak depa nih.

memang betul kata elia, perit nak harung dugaan mcm ni, lagi2 ni dugaan paling besar selama 24 tahun aku hidup..tapi satu je la kite kena ingat, disebalik dugaan yg menimpa kita ni, insyaallah ada hikmah yg tersembunyi. Allah maha besar dan maha mengetahui.. sesungguhnya Dia lebih tahu apa yg terbaik untuk kita dan menguji hambaNya mengikut keupayaan kita sendiri..

dan aku nak ucapkan bebanyak tengkiu kat family and kawan2 yg sentiasa ada bersama di waktu susah and senang..terutamanya cumi, ana, iwan, abe, arip, ita, syerin and ramai lagi la. tanpa korang tak tau la aper jadi kat aku kan. sanggup layan perasaan aku, berbuih buih molot korang nasihatkan aku..

kepada sesaper yg nak mengakhiri zaman bujang tu, kalau dah cukup duit tak payah la nak bertunang. kalau nak jugak tunang sekejap jer. dugaan dalam bertunang ni memang besar. tapi ader yg cakap, pandai2 la nak settlekan nanti. korang ckp senang, biler dah jadi kat diri sendiri baru tau rasanyer..hehehe..jadikan sebagai pengalaman hidup.

kepada elia, jangan tutupkan akal fikiran kerana cinta. kerana perjalanan hidup kita masih panjang lagi. masih banyak lagi nikmat yg bakal kita kecapi tunggu kita..dan time ni lah kita nak kena renung diri sendiri supaya kita boleh perbaiki yang mana perlu diperbaikikan.. so chaiyok2!!



****owh apakah yang sudah aku merepek ni...serupa jadi kaunselor plak rasanye..ngeee..

No comments: